Sunday, 22 December 2013

web 1.0, web 2.0 & web 3.0

Anda tahu apa itu Web 1.0, web 2.0 dan web 3.0? Disini saya akan menjelaskan secara ringkas ketiga-tiga web tersebut.

Web 1.0
  • Adalah generasi web yang pertama.
  • Berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu hala sahaja.
  • Semua kandungan atau isi maklumat hanya dikendalikan oleh admin sahaja.
  • Pengunjung web hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa memberi komen atau pandangan.
  • Contoh aplikasi web 1.0 termasuklah mp3.com

Web 2.0
  • Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang  memudahkan perkongsian maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet dengan bantuan pelayar web.
  • Web 2.0  komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah.
  • Sebuah laman Web 2.0 memberi penggunanya  pilihan bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti  maya, berbeza dengan laman web di mana pengguna terhad kepada pasif melihat kandungan yang diciptakan untuk mereka.
  • Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk  laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman  perkongsian grafik.

Web 3.0
  • Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experience atau intelligent internet experience”.
  • Komponen yang paling utama dalam Web 3.0 adalah Semantik Web.  (Web yang mudah dibaca oleh manusia untuk mendapatkan  maklumat dengan cepat dan tepat).
  • Web 3.0 berkaitan dengan konsep Web Semantik yang dilayari website dan boleh di akses oleh berbagai software.
  • Menjadi sebuah penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar.


Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slideShares di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(3) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 3 : WEB 1.0, WEB 2.0 & WEB 3.0


No comments:

Post a Comment