Sunday, 20 October 2013

Apa itu SAAS


Assalammualaikum.. okeyh arini sy nak cerita kan mengenai Apa itu SAAS?

Software as a service atau lebih dikenali sebagai SaaS. SAAS ini menyediakan layanan kepada pengguna dengan memakai teknologi Cloud dimana mereka dapat mengakses aplikasi melalui internet tanpa batasan waktu dan ruang. Untuk mengakses aplikasi via cloud, biasanya pengguna hanya perlu menyediakan browser di komputernya. Aplikasi awan ini boleh dicapai dengan mudah dan mempunyai fungsi dan kegunaannya dalam ruang yang lebih luas kepada setiap individu ataupun organisasi.

Terdapat pelbagai contoh SAAS, antaranya ialah Edmodo, yahoo mail, google apps dan lain-lain lagi. Di sini saya akan huraikan salah satu faedah penggunaan contoh SAAS dan menjelaskan kegunaannya dalam kehidupan seharian, antaranya adalah edmodo.

Edmodo adalah salah satu contoh Software as a service(SaaS). Laman web Edmodo berfungsi sama seperti laman sosial yang lain seperti “Facebook” dan “Twitter” tetapi Edmodo lebih menekankan aspek pembelajaran secara maya. Penggunaan Edmodo adalah mudah dan percuma. Guru hanya perlu mendaftar sebagai guru dan mewujudkan sebuah kelas yang dikhaskan untuk pelajar bagi memudahkan komunikasi secara maya. Pelajar kemudiannya akan mendaftar sebagai pelajar dan memasuki ruangan yang telah dikhaskan untuk mereka dengan mendaftarkan kod ruangan yang telah diberi. Ia juga menyediakan rangkaian yang selamat kepada penggunanya untuk berinteraksi antara satu sama lain secara online.

Kegunaan edmodo dalam kehidupan seharian adalah pelajar boleh share digital media seperti blog, links, video, document, nota, presentation , membuat perbincangan dalam talian dan sebagainya. Guru pula boleh menyediakan kuiz, tugasan, memberi penilaian pada setiap akhir pembelajaran dan sebagainya. Pembelajaran berasaskan Edmodo ini amat baik serta berkesan terhadap pelajar kerana mereka mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat kepada diri mereka sendiri.




Thursday, 17 October 2013

~ MeNgaPa PerLu BeriBadaH? ~


Assalamualaikum...


(sekadar memetik attachement dr seorg teman... semoga terdetik sesuatu di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)



PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w :

"Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan melepak seperti remaja di sana itu?"

Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab : "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa untuk menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak lagi malu dengan azan yang berkumandang. Padang bola pula berdekatan dengan surau atau kadang-kadang bersebelahan pula dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing dan lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi jalan. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu kerja, waktu rehat, masa tidur, makan dan bermain ada, tetapi sayangnya waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Ada yang beribadat apabila berkesempatan dan bila tidak sempat qada saja. Ada pula memberikan alasan sibuk. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak.Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi... " (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut... " (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)


Permata: Mahu alasan apakah lagi tuk kita sedar tuntutan beribadah padaNYA...? Tepuk dada, tanya diri dan jawablah sendiri...jom munasabah diri... (^_^)

pengenalan blog ini (^^;)




Assalammualaikum & salam sejahtera.. Actually blog ini dicreate adalah untuk berkongsi kepada anda mengenai pelbagai pembelajaran  yang boleh dipelajari dan boleh di praktikkan di dalam penghidupan kita.. Semoga blog ini memberi manfaat kepada anda...    \(^_^)/