Tuesday 24 December 2013

SAAS

Entry kali ini saya akan memberikan penerangan yang ringkas mengenai SAAS ( Software as a service ). Post2 yang sebelum ini saya ade menjelaskan mengenai SAAS ini. Jadi kali ini saya akan merumuskan serba sedikit mengenai SAAS ini … (^_^)


Software as a service atau dikenali juga sebagai SaaS. SAAS ini menyediakan layanan kepada pengguna dengan memakai teknologi Cloud dimana mereka dapat mengakses aplikasi melalui internet tanpa batasan waktu dan ruang. Untuk mengakses aplikasi via cloud, biasanya pengguna hanya perlu menyediakan browser di komputernya. Aplikasi awan ini boleh dicapai dengan mudah dan mempunyai fungsi dan kegunaannya dalam ruang yang lebih luas kepada setiap individu ataupun organisasi.

Ciri-ciri umum yang terdapat dalam aplikasi SaaS :
  • Konfigurasi dan penyesuaian (configuration and customization).
  • Penghantaran data dipercepatkan mengikut kelajuan inernet.
  • Pengguna tidak diperlukan untuk melaksanakan atau melakukan kemaskini pada perisian.

Kebaikan :
  • Perisian yang mesra pengguna dan boleh diakses dimana-mana sahaja.
  • Perisian yang digunakan sentiasa dikemas kini dengan versi yang baru.
  • Tidak mengenakan sebarang yuran pendahuluan.
  • Perisian yang mudah dikonfigurasikan dan mengambil masa yang Sedikit untuk diimplemenkan.

Kelemahan :
  • Jika tidak ada sambungan internet kita tidak boleh menggunakan teknologi Cloud .
  • Pengantungan sepenuhnya kepada internet.
  • Isu keselamat.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan saya sendiri iaitu kumpulan(8) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 8 : Software As A Service (SAAS)


Cloud Computing


Entry kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Cloud Computing. Cloud Computing merupakan satu proses dimana menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi anda sama ada dalam bentuk dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video.

Proses cloud computing berlaku apabila kita mengupload data-data peribadi kita dalam sesebuah website, kemudian data yang telah di upload tadi boleh  diakses di tempat lain dengan menggunakan perkakasan lain melalui internet.

Cloud computing terbahagi kepada 3 kategori iaitu :
  • IAAS
  • PAAS
  • SAAS
Kelebihan Cloud Computing :
  • Kebolehcapaian fail yang luas
  • Ruang storan yang tiada had
  • Mengurangkan kos
  • System pengurusan dan operasi yang lebih mudah
Kelemahan Cloud Computing :
  • Jika tiada sambungan internet kita tidak boleh menggunakan teknologi cloud ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan (7) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 7 : Cloud Computing

Monday 23 December 2013

E-Dagang ( E-Commerce )



Entry kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai E-dagang(E-commerce)...
E-dagang atau E-commerce adalah aktiviti komersial dengan penyebaran, pembelian, penjualan, pemasaran barangan dan perkhidmatan melalui sistem elektronik seperti internet atau televisyen, www, atau rangkaian computer.

Terdapat beberapa kelebihan menggunakan e-dagang seperti :
  • Menjimatkan masa. Pengguna yang berkerjaya kebanyakkannya tidak mempunyai masa untuk membeli belah, dengan adanya e-dagang ini, ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk melakukan pembelian atas talian. selain itu, pengguna yang baru hendak berjinak-jinak dengan alam perniagaan boleh melakukan penjualan secara atas talian dengan mudah dan cepat.
  • Pembelian dan penjualan melalui e-dagang adalah tidak terhad. ia boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Tetapi, terdapat juga beberapa kelemahan menggunakan e-dagang seperti :
  • Kes-kes penipuan
  • Rasa tidak percaya dengan penjual
  • Berkemungkinan tidak memenuhi cita rasa kita
  • Produk yang dijual tidak dapat dijamin sama ada berkualiti atau tidak

Jenis-jenis e-dagang :
  • B2B (business-to-business)
  • B2C (business-to-customer)
  • C2C (consumer-to-consumer)
  • B2G (business-to-government)
  • m-commerce (mobile commerce)

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(6) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 6 : E- Commerce

Malware

Entry kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Malware. Malware juga dikenali sebagai Perisian Hasad(Malicious Software). Ia juga lebih dikenal dengan sebutan virus, yang mana ia merupakan sebuah program atau software yang dicipta untuk masuk dan menggangu serta merosakkan system operasi berteknologi tinggi seperti computer atau telefon pintar.



Terdapat beberapa jenis malware :
  • Phishing
  • Spyware
  • Virus
  • Trojan
  • Worm
Bagaimanakah malware menyerang system computer dan aplikasi ?
  • Email
  • Download( memuat turun )
  • Mengklik pada paparan iklan
  • install program yang tidak dipercayai
  • Melayari laman web lucah
Bagaimanakah ingin membaik pulih sisem yang telah diserang oleh Malware ?
  1. Guna system restore
  2. Guna perisian antivirus yang boleh mengesan malwave
  3. Format semula windows
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengelak dari terkena malwave :
  • Pastikan antivirus sentiasa aktif dan dikemaskini selalu
  • Elak dari guna perisian cetak rompak
  • Pastikan windows sentiasa dikemaskini
  • Menggunakan kaedah Smart Online
  • Memasang perisian yang betul untuk menghapuskan malwave
  • pasang firewall pada komputer

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(5) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 5 : Malware

Social Networking

Entry kali ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai Rangkaian sosial(Social Network). Apa yang dikatakan Rangkaian sosial? 




Rangkaiaan sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.

Di antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi.

Kenapa Rangkaian dikatakan popular?
  • Kita sebagai pengguna boleh berkenalan dengan orang baru
  • Ia adalah mesra pengguna
  • Penggunaannya adalah percuma

Kelebihan
  • Membenarkan atau membolehkan perkongsian maklumat
  • Pendidikan dalam internet
  • Mudah menyebarkan maklumat
  • Membantu dalam meluaskan perniagaan

Kelemahan
  • Melalaikan dan melekakan
  • Gangguan daripada individu yang tidak dikenali
  • Mengganggu kesihatan pengguna

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(4) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 4 : Social Networking

Sunday 22 December 2013

web 1.0, web 2.0 & web 3.0

Anda tahu apa itu Web 1.0, web 2.0 dan web 3.0? Disini saya akan menjelaskan secara ringkas ketiga-tiga web tersebut.

Web 1.0
  • Adalah generasi web yang pertama.
  • Berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu hala sahaja.
  • Semua kandungan atau isi maklumat hanya dikendalikan oleh admin sahaja.
  • Pengunjung web hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa memberi komen atau pandangan.
  • Contoh aplikasi web 1.0 termasuklah mp3.com

Web 2.0
  • Web 2.0 adalah istilah umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang  memudahkan perkongsian maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet dengan bantuan pelayar web.
  • Web 2.0  komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah.
  • Sebuah laman Web 2.0 memberi penggunanya  pilihan bebas untuk berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti  maya, berbeza dengan laman web di mana pengguna terhad kepada pasif melihat kandungan yang diciptakan untuk mereka.
  • Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk  laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman  perkongsian grafik.

Web 3.0
  • Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experience atau intelligent internet experience”.
  • Komponen yang paling utama dalam Web 3.0 adalah Semantik Web.  (Web yang mudah dibaca oleh manusia untuk mendapatkan  maklumat dengan cepat dan tepat).
  • Web 3.0 berkaitan dengan konsep Web Semantik yang dilayari website dan boleh di akses oleh berbagai software.
  • Menjadi sebuah penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar.


Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slideShares di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(3) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 3 : WEB 1.0, WEB 2.0 & WEB 3.0


Komunikasi Media

Anda tahu apa itu definisi bagi Komunikasi Media ? Disini saya akan menjelaskan secara ringkas definisi tersebut dan memberi penerangan yang ringkas berkaitan dengan Komunikasi Media.

Dominick(2002) : Menceritakan komunikasi media merupakan suatu proses penghantaran mesej oleh sesebuah institusi yang kompleks kepada pengguna yang ramai dan berlainan dari pelbagai lokasi.

Gamble dan Gamble(2002) : Menceritakan komunikasi media ialah suatu proses mentransmisi mesej yang diproses oleh “gatekeeper” sebelum disampaikan kepada pengguna yang ramai menerusi saluran yang luas merangkumi media cetak, audio dan visual.

Vivian(2002) : Menceritakan Komunikasi Media adalah satu proses yang melibatkan kelompok komunikasi yang menyampaikan pelbagai mesej kepada pengguna yang besar menerusi penghantaran media massa.

Antara fungsi komunikasi Media adalah email, Gopher, Telnet ( TELetype NETwork ), Usenet dan Newsgroup. Semua media ini hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan orang lain.

Email adalah singkatan daripada “electronic mail”. Ia adalah Sistem komunikasi yang mana kita sebagai pengguna boleh menulis, menghantar, menerima dan menyimpan mesej secara elektronik. Terdapat kelebihan dan kelemahan penggunaan email ini antaranya ialah:

Kelebihan :
1. Jimat Masa
2. Jimat Kos
3. lebih efisyen

Kelemahan :
1. Masalah spamming dan virus
2. Masalah privasi

Penggunaan Internet kini begitu meluas dalam pelbagai aktiviti kehidupan. Bagaimanapun, agak malang apabila lebih banyak bahan peribadi yang dikongsi bersama dalam alam maya, kita semakin terdedah kepada risiko kecurian identiti. Justeru itu, penggunaan kata laluan amat penting dalam melindungi data-data penting. Anda perlu melindungi setiap akaun dalam talian menggunakan kata laluan tetapi perlu berhati-hati dalam pemilihan kata laluan tersebut.

Bagaimana memilih kata laluan?
  • Pastikan kata laluan yang digunakan mudah diingati untuk menghindarkan anda menulis atau menyimpan dalam komputer.
  • Sentiasa menggunakan campuran perkataan huruf besar dan kecil, nombor dan bukan aksara abjad.
  • Anda juga tidak digalakkan untuk mengitar semula kata laluan dan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun berbeza.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(2) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/


Group 2: Komunikasi Media