Sunday, 22 December 2013

Komunikasi Media

Anda tahu apa itu definisi bagi Komunikasi Media ? Disini saya akan menjelaskan secara ringkas definisi tersebut dan memberi penerangan yang ringkas berkaitan dengan Komunikasi Media.

Dominick(2002) : Menceritakan komunikasi media merupakan suatu proses penghantaran mesej oleh sesebuah institusi yang kompleks kepada pengguna yang ramai dan berlainan dari pelbagai lokasi.

Gamble dan Gamble(2002) : Menceritakan komunikasi media ialah suatu proses mentransmisi mesej yang diproses oleh “gatekeeper” sebelum disampaikan kepada pengguna yang ramai menerusi saluran yang luas merangkumi media cetak, audio dan visual.

Vivian(2002) : Menceritakan Komunikasi Media adalah satu proses yang melibatkan kelompok komunikasi yang menyampaikan pelbagai mesej kepada pengguna yang besar menerusi penghantaran media massa.

Antara fungsi komunikasi Media adalah email, Gopher, Telnet ( TELetype NETwork ), Usenet dan Newsgroup. Semua media ini hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan orang lain.

Email adalah singkatan daripada “electronic mail”. Ia adalah Sistem komunikasi yang mana kita sebagai pengguna boleh menulis, menghantar, menerima dan menyimpan mesej secara elektronik. Terdapat kelebihan dan kelemahan penggunaan email ini antaranya ialah:

Kelebihan :
1. Jimat Masa
2. Jimat Kos
3. lebih efisyen

Kelemahan :
1. Masalah spamming dan virus
2. Masalah privasi

Penggunaan Internet kini begitu meluas dalam pelbagai aktiviti kehidupan. Bagaimanapun, agak malang apabila lebih banyak bahan peribadi yang dikongsi bersama dalam alam maya, kita semakin terdedah kepada risiko kecurian identiti. Justeru itu, penggunaan kata laluan amat penting dalam melindungi data-data penting. Anda perlu melindungi setiap akaun dalam talian menggunakan kata laluan tetapi perlu berhati-hati dalam pemilihan kata laluan tersebut.

Bagaimana memilih kata laluan?
  • Pastikan kata laluan yang digunakan mudah diingati untuk menghindarkan anda menulis atau menyimpan dalam komputer.
  • Sentiasa menggunakan campuran perkataan huruf besar dan kecil, nombor dan bukan aksara abjad.
  • Anda juga tidak digalakkan untuk mengitar semula kata laluan dan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun berbeza.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(2) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/


Group 2: Komunikasi Media

No comments:

Post a Comment