Tuesday, 24 December 2013

SAAS

Entry kali ini saya akan memberikan penerangan yang ringkas mengenai SAAS ( Software as a service ). Post2 yang sebelum ini saya ade menjelaskan mengenai SAAS ini. Jadi kali ini saya akan merumuskan serba sedikit mengenai SAAS ini … (^_^)


Software as a service atau dikenali juga sebagai SaaS. SAAS ini menyediakan layanan kepada pengguna dengan memakai teknologi Cloud dimana mereka dapat mengakses aplikasi melalui internet tanpa batasan waktu dan ruang. Untuk mengakses aplikasi via cloud, biasanya pengguna hanya perlu menyediakan browser di komputernya. Aplikasi awan ini boleh dicapai dengan mudah dan mempunyai fungsi dan kegunaannya dalam ruang yang lebih luas kepada setiap individu ataupun organisasi.

Ciri-ciri umum yang terdapat dalam aplikasi SaaS :
  • Konfigurasi dan penyesuaian (configuration and customization).
  • Penghantaran data dipercepatkan mengikut kelajuan inernet.
  • Pengguna tidak diperlukan untuk melaksanakan atau melakukan kemaskini pada perisian.

Kebaikan :
  • Perisian yang mesra pengguna dan boleh diakses dimana-mana sahaja.
  • Perisian yang digunakan sentiasa dikemas kini dengan versi yang baru.
  • Tidak mengenakan sebarang yuran pendahuluan.
  • Perisian yang mudah dikonfigurasikan dan mengambil masa yang Sedikit untuk diimplemenkan.

Kelemahan :
  • Jika tidak ada sambungan internet kita tidak boleh menggunakan teknologi Cloud .
  • Pengantungan sepenuhnya kepada internet.
  • Isu keselamat.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan saya sendiri iaitu kumpulan(8) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/

Group 8 : Software As A Service (SAAS)


No comments:

Post a Comment