Thursday, 19 December 2013

Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi



Anda tahu apa itu definisi bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ? Disini saya akan menjelaskan secara ringkas definisi tersebut dan meberi penerangan yang ringkas berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat & komunikasi.

Teknologi : Menggunakan pengetahuan saintifik, pengalaman dan sumber untuk membina proses atau produk untuk kegunaan manusia.

Maklumat : Pengetahuan yang didapati dari membaca,belajar dan menyelidik.

Komunkasi : Perbuatan menghantar mesej. Iaitu proses bertukar maklumat menggunakan symbol, tanda atau interaksi pergerakan.


           Dengan kata lain Teknologi Maklumat & Komunikasi ini adalah, sesebuah teknologi yang diperlukan untuk memproses maklumat. Kebiasaanya, ia akan menggunakan computer, peranti komunikasi & perisian aplikasi. Antara kelebihan Teknologi Maklumat & Komunikasi adalah memudahkan perkongsian maklumat, Komunikasi lebih pantas serta kos yang rendah, dan komunikasi tanpa sempadan. Antara Contoh aplikasi ICT di upsi adalah MyGuru2, dimana ia adalah sebuah platform e-pembelajaran. Ia juga menawarkan pelbagai fungsi bagi proses pengajaran & pembelajaran (p&p) bagi pensyarah dengan pelajar. Berikut merupakan fungsi bagi MyGuru2, iaitu membenarkan pensyarah mengupload sumber-sumber pengajaran seperti mengupload (memuatnaik) nota kuliah. Selain itu, menghebahkan aktiviti-aktiviti untuk dicapai oleh pelajar seperti Forum, tugasan dan kuiz. Ia juga bertindak sebagai portal dimana, pensyarah dan pelajar boleh memberi dan menerima berita-berita terkini melalui forum dan chat yang telah disediakan. Selain itu, Penggunaan ICt juga diperlukan  untuk meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual. Selain itu, merangsang minat murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan guru. Ia juga membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.


          Berikut merupakan kesan daripada penggunaan peralatan Ict terhadap kesihatan kita, antaranya ialah Repetitive Stress Injuries (RSI), Carpal Tunnel Syndrome, Sakit Bahagian Tulang Belakang (Back Pain) dan Ketegangan Mata.Repetitive Stress Injuries (RSI) berlaku disebabkan penggunaan tangan dalam tempoh yang lama. Simptom yang terlibat adalah Sakit, rasa terbakar, bengkak, berdenyut-denyut, kebas, dan rasa lemah. Carpal Tunnel Syndrome pula adalah disebabkan oleh pergerakan tangan secara berulang-ulang. Simptom yang terlibat adalah kebas tangan dan sakit pada pergelangan tangan. Seterusnya, Sakit Bahagian Tulang Belakang (Back Pain) adalah disebabkan kecenderungan duduk di atas kerusi terlalu lama dan ia boleh menyebabkan regangan pada ligamen. Pada masa yang lama, ianya boleh merosakkan struktur tulang belakang. Yang terakhir adalah Ketegangan mata. Masalah ini terjadi apabila bekerja ditempat yang mempunyai pencahayaan yang tidak sesuai atau melihat skrin yang berkedip. Simptom yang terlibat adalah, kering mata, gatal mata, gatal mata, kabur, sakit kepala, loya dan letih.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lihat slide Prezi di bawah ini. Ini adalah presentation yang dibuat oleh kumpulan(1) untuk subjek ini. saya berharap segala maklumat yang disampaikan berguna untuk Anda.......\(^_^)/


Group 1: ICT Application

 



No comments:

Post a Comment