Assalammualaikum..
okeyh arini sy nak cerita kan mengenai Apa itu SAAS?

Software as a service atau
lebih dikenali sebagai SaaS. SAAS ini menyediakan layanan kepada pengguna
dengan memakai teknologi Cloud dimana mereka dapat mengakses aplikasi melalui
internet tanpa batasan waktu dan ruang. Untuk mengakses aplikasi via cloud,
biasanya pengguna hanya perlu menyediakan browser di komputernya. Aplikasi awan
ini boleh dicapai dengan mudah dan mempunyai fungsi dan kegunaannya dalam ruang
yang lebih luas kepada setiap individu ataupun organisasi.
Terdapat pelbagai contoh
SAAS, antaranya ialah Edmodo, yahoo mail, google apps dan lain-lain lagi. Di
sini saya akan huraikan salah satu faedah penggunaan contoh SAAS dan
menjelaskan kegunaannya dalam kehidupan seharian, antaranya adalah edmodo.
Edmodo adalah salah satu
contoh Software as a service(SaaS). Laman web Edmodo berfungsi sama seperti
laman sosial yang lain seperti “Facebook” dan “Twitter” tetapi Edmodo lebih
menekankan aspek pembelajaran secara maya. Penggunaan Edmodo adalah mudah dan
percuma. Guru hanya perlu mendaftar sebagai guru dan mewujudkan sebuah kelas
yang dikhaskan untuk pelajar bagi memudahkan komunikasi secara maya. Pelajar kemudiannya
akan mendaftar sebagai pelajar dan memasuki ruangan yang telah dikhaskan untuk
mereka dengan mendaftarkan kod ruangan yang telah diberi. Ia juga menyediakan
rangkaian yang selamat kepada penggunanya untuk berinteraksi antara satu sama
lain secara online.
Kegunaan edmodo dalam
kehidupan seharian adalah pelajar boleh share digital media seperti blog,
links, video, document, nota, presentation , membuat perbincangan dalam talian
dan sebagainya. Guru pula boleh menyediakan kuiz, tugasan, memberi penilaian pada
setiap akhir pembelajaran dan sebagainya. Pembelajaran berasaskan Edmodo ini
amat baik serta berkesan terhadap pelajar kerana mereka mampu membina
pengetahuan baru dan bermanfaat kepada diri mereka sendiri.

fuyoooo...comelnyer blog hg..hehehe.....wani, t tambahlah info untuk edomoto 2..leh share2..hehehe..
ReplyDeleteWani t follow blog ak blik ek..hg yer tk msk at ak yer blogg..huhu
ReplyDeletehahaha.. baikk bos..... (^_^)
ReplyDelete