Sunday, 17 November 2013

Web 2.0 Dan Web 3.0



Apa itu Web 2.0 ?



             Web 2.0 adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti Blog, Wikipedia , RSS (really simple syndication) dan bookmarking social. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. Web 2.0 ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. Antara contoh laman web 2.0 ialah laman rangkaian sosial seperti Facenook, blog, wiki, youtube, dan aplikasi web. Web 2.0 merupakan sebuah web yang terbuka kepada semua. Sebagai contoh,penggunaan BLOG yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Melalui blog, sesiapa sahaja boleh menjadi penulis dan memulakan blog mereka sendiri. Malah, mereka juga boleh memberi pendapat atau membuang pendapat mereka pada blog mereka dan blog orang lain juga.

      Ciri-ciri bagi Web 2.0 iaitu berbentuk Dinamik (fleksibel) berbanding dengan kandungan halaman yang static . Seterusnya, menyediakan Kemudahan membina, mengubahsuai atau membuang data oleh individu pengguna . Selain itu, dapat berkongsi maklumat secara percuma. Pengguna juga boleh membuat pencarian dan berkongsi maklumat secara percuma tanpa batasan.

            Kelebihan Web 2.0 adalah bersifat interaktif. Ia membolehkan pengguna secara terus boleh berkongsi apa juga maklumat dengan pengguna lain. Selain dapat berinteraksi bersama dan terlibat secara langsung dengan kegiatan yang sedang berlangsung di dalam web tersebut.

Apa itu Web 3.0 ?



              Aplikasi dalam Web 3.0 adalah lebih maju dan lebih canggih daripada Web 2.0. Walau bagaimanapun, Web 3.0 mungkin masih mengandungi ciri-ciri platform Web 2.0. Cuma ianya akan diubah suai supaya aplikasinya lebih canggih dan maju. Sesetangah pakar internet juga percaya bahawa Web 3.0 akan memberi tumpuan terutamanya kepada meningkatkan fungsi dan kebolehgunaan enjin carian secara dramatik. Sebagai contoh, 4shared, di mana di dalam website ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain. Lantaran itu, pakar internet juga percaya bahawa platform Web 3.0 bertindak seperti pembantu peribadi. Walau apapun, kita semua sebagai pengguna internet percaya bahawa peralihan kepada Web 3.0 akan menjanjikan sesuatu yang lebih canggih dan lebih maju pada masa akan datang. Salah satu teknologi yang paling penting yang berkaitan dengan Web 3.0 adalah cloud computing. Cloud computing adalah proses di mana pengguna menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahu pun video. Proses Cloud computing berlaku apabila pengguna mengupload data-data ke sebuah website, kemudian data yang sudah disimpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.
            Ciri-ciri web 3.0 adalah berbentuk semantic. Ia juga merupakan aplikasi bersifat pintar dan bijak. Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform sumber terbuka atau secara percuma dan boleh di akses oleh berbagai jenis software, seperti ebay, yahoo, Linked in,google Apps dan lain-lain lagi. Konsep Web 3.0 adalah dimana manusia dapat berkomunikasi dengan mesin pencari(search engine). Pengguna boleh memohon Web untuk mencari suatu data spesifik tanpa bersusah-susah mencari satu per satu dalam carian Web.

             Kelebihan Web 3.0 juga memungkinkan Web menjadi sebuah bahan untuk penyimpanan data dengan kapasiti yang sangat besar.Web 3.0 sendiri terdiri dari Web semantik, Format mikro, pencarian dalam bahasa pengguna, penyimpanan data dalam jumlah besar, pembelajaran melalui mesin, yang merujuk pada kecerdasan buatan Web.Web 3.0 juga memiliki beberapa standard pengoperasian yang boleh menjalankan fungsinya dalam menampung metadata.

No comments:

Post a Comment